Saturday, November 12, 2011

DIAM

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..
... ...
tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap diterjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

jesteru..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM~

Saturday, November 5, 2011



Assalamualaikum W.B.T..

Dah lame rasenye x update blog..bak kate mamat tu "dah bersawang". Apa pun aiman x kesah..ade cerita ade entry, xde crita xde la entry ye x...Actually byk story yg nk dikongsi tp biarlah isi hati yang mengetahuinya sndri.. Tp ade jugaklah sebahagian yg perlu dikongsi. Tak semua bende kita boleh selesaikan sndri kan.. Bila rase diri dibebani sesuatu, rujuklah kepada pakar motivasi not motibasi..kemungkinan mereka boleh selesaikan apa yg kita hadapi sekarang.

Bila mana seseorang dilanda musibah atau kesusahan, kita sebagai hambaNYA perlulah memohon pertolongan dariNYA. Even masalah tu sekecil zarah.. kerana, KepadaNYA kita dtg dan kepadaNYA la kita kembali..Allah yg mencipta segala masalah dan Allah juga yg boleh menyelesaikannya. Perlu diingatkan, bila dah senang jgn dilupakan kepada yg menyelesaikannya. Ucapla ALHAMDULILLAH tanda kita berterima kasih kepadaNYA.

Manusia sering alpa dengan kemewahan yg mereka kecapi.. Bila susah minta pertolongan dariNYA, bila dah senang....mak datOk! apa pun diorg langgar.. Apa yang wajib pun ditinggalkan..Nauzubillah min zalik..Moga2 kita terhindar dari golongan seperti ini.

Eh..terpanjang lebar la plk...Apa yang penting senyum selalu..kerana dgn senyuman boleh menenangkan seseorg yg ditimpa excident..haha..SENYUM XPERLU KATA APA-APA.


Monday, February 21, 2011

Lawat

Tiba-tiba aku terasa hendak melawat blog sahabatku ini. Aku amati setiap kata-katanya dan aku amat tertarik dengan satu part ni "Ya Allah, hidup dan matiku hanya untuk Mu, dan hidup dan matiku hanya untuk berbakti pada Mak dan Abah. Aku mau dicintai dan menyintai, tapi sekiranya KALAU MEMANG BENAR sudah menjadi takdirku untuk hidup berkelana seorang diri di dunia, maka itu adalah kenyataan yang aku perlu hadapi. Kalau benar itu adalah takdir buat diriku, maka akan aku gunakan tubuh dan akalku untuk bangunkan anak bangsaku dan berbakti kepada negaraku sehinggalah aku menghembuskan nafasku yang terakhir."

Aku berasa bangga dan bertuah bila mendapat seorang sahabat seperti ini. Kata-katanya membuatkan aku boleh merubah hidup dan kata-katanya juga secara tidak langsung memberiku satu kekuatan yang aku tidak dapat sebelum ni. Memang benar katamu itu Mir, mak dan ayah orang yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa mereka kita tidak dilahirkan didunia ini dan tanpa merekalah kita takkan sampai ke USM. (hehe).

Kita mampu mencari cinta didunia ini, tetapi cinta yang mana satu kita perlu miliki dahulu?. Amat susah untuk kita mencari orang yang benar-benar ikhlas dengan kita. Biarlah ALLAH yang menentukan jodoh pertemuan kita.

Sekian sahaja. Salam.

Friday, February 18, 2011

salam pembuka bicara dan kata-kata.
Pada hari khamis seperti biasa aku menjalankan kerja harianku dengan mengutip pinggan dan cawan dengan muka yg agak manis(bagi akulah) dan senyuman yang panjang macam kucing baru mendapat makanan dari tuannya. Tepat pukul 10 pagi aku hendak menuju ke maktabah yang pada waktu itu aku telah berjanji dengan seseorang ni untuk mencari kitab. Setibanya disana aku terus call, didapati seseorang ni telah menuju ke mersing tanpa memberi sebarang pesanan. Kecewa aku dibuatnya. Tapi tak pelah, aku kene beranikan juga untuk menuju ke maktabah yang terletak di sebelah zoo. hahaha..Maktabah ape itu yer?..sendiri mau igt..Aku sapa kat salah seorang penghuni bangunan tersebut, "assalamualaikum, bang tumpang tanya mana maktabah?" dia menjawab "naik ke tingkat 2 kat hujung sekali". Aku pun pergi ke tingkat tersebut. Setibanya di Maktabah, dapati ramai akhawat-akhawat yang ada kat dalam tu. Dalam hati berbisik "adoyai cmner ni? ramai giler". "Chill la bro bukannya diorang nk ngorat ko pon". sambung aku lagi. Aku pun masuklah dengan muka tebal. Yelah, semua orang pakai baju kemeja batik. Aku seorang saje pakai suar jeans n jaket. Mane tak semua akhawat tengok. Malu aku time tu. Aku sapa kat bro yang jaga kat kaunter depan untuk bertanyakan pasal pinjaman kitab. Sambil dia mencari kitab, aku TERNAMPAKlah seorang ni yang pernah aku nampak kat dalam FB. Serius sebijik..! Aku pun perhatikan gelagat dia seolah-olah dia cuba hendak ambil perhatian aku. Dalam hati aku berkata "tak sangka terjumpa kat sini". Tak boleh tegur depan-depan nanti dituduh ade scandal..hahaha..sekian saje entry kali ini yang membosankan tatkala aku sememangnya amatlah bosan sekarang.

Monday, January 3, 2011

Permulaan

Assalamualaikum W.B.T pembuka bicara.. Pada pagi yang mulia di sambut dgn nurani yg harmoni, aku menyelesaikan solat subuh..Dengan membuang mase(skit je) aku pun menaip 1 sms kpd si Dia utk memastikan yg Dia dah bgn..lambat jugak ye Dia ni bgn..huhu..Tapi alhamdulillah Dia bangun juga. Tidak mengapa kok sih..jnji bgn dr tido memanjang smpai ke tengah hari..nak gelarkan apa tu?..Tepuk tangan tanya orang..haha..sepandai aku berkata..

Jam pun sudah menunjukkan pukul 8.30, aku pun bergegas masuk kebilik air..buangkan sisa2 toksik yang ada. Sesudah itu, aku memakai pakaian yg agak KEMAS, tak selekeh dan tak comot..mcm nk pergi tadika kemas pun ada juga...Tapi tak ape lah..biarlah ape orang nak kata..janji diriku sebagai lelaki ada penampilan..barulah orang pandang(riak r tuh)..haha..kesengalan aku telah melanda. Dah siap berdandan aku menuju ke jalan yg agak benar iaitu sarapan la bro..takkanlah nak kuo takde alas perut kot(just 4 me)..

Tepat pukul 9 pagi aku start enjin moto berkuasa keldai utk menuju ke puncak bandar terus ke Restoran yang dinamakan LAN MAMEK sempena nama pakcik aku..
Sesampai je kat sane, aku disapa oleh org yang aku kurang kenal tp knl jugaklah..'ye nak ape dik?' aku menyuarakan dgn suara yang sopan santun 'sy disuruh utk menolong kat kedai ni. pakcik yg pesan'. Lantas mak mertua pkcik aku ckp 'mkn dulu dik..nk mkn ape?'..haha..aku pun bedal lah roti canai walaupon kat umah aku dah mkn..Rezeki jgn ditolak beb..!..haha..

Selesai mkn aku jadi cm bengong(mcm je. jgn lebih2 plk)..my heart say "what should i do now?" fenin aku.. Dengan gaya selamber aku terus menuju ke dapur utk menghantar pinggan yg aku dah mkn td...fuh..lega beb..nsb baik aku ade gaya selamber(yek2 la ko ni)..haha. Sekejap aku wt keje, sekejap aku bace paper..argh, lantak kn je lah..janji aku ade wt kje..haha..Tapi aku paham, aku pun buatlah keje ambil order n anta mknan..Keje ni x lah memenatkan, dr kerja restoran PIZZA yang aku pernah kje dulu..sungguh memeritkan dan memenatkan..hampir putus urat jari kaki aku..mujurlah ade santapan jasmani yang best(pizza)..haha..

Waktu sudah menunjukkan pukul 2.30, aku x solat zohor lg..ayohh..hampir terlupa nk solat dsbbkn leka bermain dgn pinggan dan cawan..haha..Aku ckpla ngn mkck 2, "kat mne nk solat ni?". Dia tunjuk sekian2 dan sekian..Aku ye kn je wlopon x tahu.."Kat manalah masjid ni?"..
Last2 aku ambik keputusan utk solat kat shopping kompleks je..haha..sempat lg jln2 cuci mate.

Alhamdulillah selesai sudah solat aku..Tanpa berlengah aku terus balik. Tiba-tiba..."Alamak, hujan lah pulak!. Adoyai, cmne aku nk balik nih?". Tanpa pikir panjang aku redah je lah..Abis baju aku basah..Sampai je kat restoran, terus aku mintak air sirap bandung suam kat akk 2.."hahahhaa". Akak tu gelak kecil.."mana ada orang minum sirap bandung suam. Aku layan kan aje lah akk nih.. "Bila la aku nk balik ni? kepala aku dah pening kne ujan ni." sambil menoleh ke arah jam.

Saat yang aku tunggu telah pun tiba(4.30 ptg).hahhaa..Aku kemas2 ape yang patut n terus aku capai helmet putih sambil say thanks to mak cik n akak(bulat)..haha..xpasal2 ucap trima kasih..ape kene ntah aku ni..layankan ajelah..Brommm, enjin dihidupkn n terus aku chow..
Inilah kerja yang aku buat sekarang, hinggalah aku dapat seruan utk meneruskan perjalanan yg aku belum jalan lagi(stdy). Sekian sahaja entry aku kali ini. sayonara..


Thursday, December 23, 2010


Sebagai pemimpin mereka harus menyedari bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan hidup didunia, tetapi juga keselamatan dan kebahagiaan diakhirat


Pemimpin mesti mengisi keperluan jiwa rakyat. Hal ini kerana jiwa merupakan raja dalam diri yang menentukan buruk dan baik sikap seseorang. Oleh sebab itu jiwa tidak boleh diabaikan. Tetapi oleh sebab sifatnya yang abstrak, maka keperluannya juga bersifat abstrak. Jadi, keperluan jiwa ialah iman dan taqwa..


Apa yang kita amalkan itulah yang paling penting berbanding kita termenung. Jadi, Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal..! peace no war..