Tuesday, April 28, 2009

Sabar

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil,tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.

=====
Al-Quran (Surah Al- Baqarah) Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

__________________________________________________

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Contohilah akhlak Rasulullah S.A.W

Akhlak Rasulullah adalh akhlak yang dipelihara Allah. Antara akhlak Baginda yang terpuji adalah :

  1. Baginda nerupakan seorang yang lemah lembut. Tidak gemar menunjukkan kebencian kepada seseorang secara terus terang.
  2. Pertuturan baginda sentiasa padat dan lengkap; tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Baginda tidak berbicara tanpa perlu dan hanya akan memperkatakan sesuatu yang hak semata-mata.
  3. Baginda sentiasa mengikat batu diperutnya untuk menahan lapar. Bila makan tidak pernah cerewet tetapi makan apa yang disediakan sahaja dan tidak pernah menolak.
  4. Baginda sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun mampu membalas dendam.
Pernah berlaku seorang Musyrikin berdiri di kepalanya dengan sebilah pedang sambil berkata, "Siapakah yang dapat mempertahankan kau dari pedangku ini ?" Jawab Rasulullah, "Allah" Apabila mendengar perkataan tersebut, orang itu tersebut gementar dan pedang itu terjatuh dari tangannya. Rasulullah mengambil pedang itu dan berkata, "Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku pula?" Jawab Musyrikin itu, "Ambillah nyawaku dengan cara yang baik." Tetapi, Rasulullah telah memaafkan orang itu.

Siapalah Aku...
Sesekali menyedari pada senja yang merah ini,
Aku tidak mahu lagi berbicara,
Tentang sisa kenangan lalu,
Menyingkap tabir sejarah,
Yang merobek hati luka berdarah,
Memungut kasih yang tidak kesampaian,
Resah gelisah dimain perasaan.
Sesekali menyedari pada malam yang dingin ini,
Lebih baik ku menghitung dosaku yang menggunung,
Renung ke dalam diri, jenguk hatiku yang kotor,
Hisab diriku yang kerdil dan hina,
Bertasbih, bertahmid, sujud dan bersyukur,
Lalu kuhadapkan wajahku kepadaNya,
Berserah diri mengharapkan simpati,
Agar aku diampuni.
Sesekali pada subuh yang hening ini,
Kusedari siapalah aku,
Kalau hanya seorang hamba,
Hidup mati ditentukan Allah,
Punya diri tak selamanya,
Punya kehidupan tapi sementara.
Ibu yang melahirkan Mujahidnya

Al Khansaa' terkenal dengan kelembutan dan kebijaksanaannya mengarang syair. Syair-syair itu ditiup untuk menyemarakkan semangat pejuang-pejuang dan juga memuji-muji kesyahidan mereka di medan jihad. Tetapi beliau ini lebih terkenal sebagai ibu yang redha dengan kematian anak lelakinya yang syahid satu persatu. Bukan mudah hendak menerima ujian kematian seorang anak. Bagi Khansaa', ibu yang berjiwa besar, ingin mendapat saham anak yang mati syahid. Apa katanya sebelum melepaskan anaknya pergi berperang menetang kaum Musyrikin?

"Wahai anakku, kamu telah memeluk Islam dengan hati yang rela. Kemudian, kamu berhijrah dengan hati yang rela. Kamu telah maklum tentang apa yang disediakan oleh Allah kepada kaum Muslimin, iaitu pahala yang besar dalam memerangi kaum Kafir. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik dari kampung yang binasa."

Ibu ini meluahkan kata-kata semangat kepada anak-anaknya tanpa sedikit pun merasa gentar akan kehilangan mereka. Anak-anak Khansaa' berjuuang bersungguh-sungguh sehingga gugurlah mereka satu persatu di tangan musuh. Hakikatnya, mereka menang iaitu menemui syahid.

Apabila orang mengkhabarkan akan kematian anaknya satu persatu, apa jawab ibu ini?

"Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka dan aku mengharapkan dari Tuhanku agar dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal tetap dari rahmatNya."

Begitulah jawapan Khansaa' setelah menerima kematian anak-anaknya yang pertama, kedua dan ketiga. Setelah menerima kematian anaknya yang keempat, beliau menangis lalu berkata, " Aku menangis kerana aku tidak lagi mempunyai anak lagi untuk dihantar berjuang."

Inilah ibu yang cintakan Allah dan Rasulnya. Kerana Allah, anak-anak dikorbankan untuk memenangkan agama Allah. Maka kita juga mestilah menjadi ibu-ibu yang berjiwa besar, mendidik anak-anak supaya cintakan akhirat, sanggup berjuang dan berkorban sehingga mati syahid dalam menegakkan kalimah Allah.

Godaan sang iblis laknatullah

MENURUT kajian saintifik, bumi dan langit, termasuk sistem cakerawalanya berasal daripada satu kejadian yang kemudian dipisahkan.

Hal ini bertepatan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan daripada air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” – (Surah Al-Anbiya, ayat 30).

Ketika zaman pertengahan Islam, ahli astronomi dan ulama Islam mula mengadunkan ilmu cakerawala yang diperoleh daripada Yunani, Indus dan tamadun lain dengan tafsiran ayat al-Quran dan hadis mengenainya.

Selepas memisahkan langit dan bumi, Allah berfirman kepada malaikat yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. – (Surah Al-Baqarah, ayat 30).

Selepas ditiupkan roh, Allah memerintahkan malaikat dan jin sujud di depan Nabi Adam as sebagai penghormatan kepada Baginda.

Bagaimanapun, iblis enggan melaksanakan perintah Allah dan keangkuhannya itu menyebabkan iblis diusir dari syurga.

Untuk menemani Nabi Adam di syurga, Allah menciptakan Siti Hawa dan mereka berdua hidup aman dan damai, sehinggalah mereka diturunkan ke dunia akibat terpedaya dengan godaan iblis.

Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Adam diturunkan di Bukit Serendip, Sri Lanka manakala Siti Hawa di Jeddah, Arab Saudi.

Sejak itu, Nabi Adam dikatakan sering berulang alik antara Bukit Serendip dan Rameswaram, India untuk mencari Siti Hawa di dunia.

Sesungguhnya, segala penderitaan pasangan ini adalah pengajaran kepada keturunan manusia sehingga hari kiamat.

Selepas beberapa ketika, Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula di Padang Arafah, tempat pertama di bumi Allah menerima taubat hamba-Nya.

Pertemuan dua insan yang sekian lama terpisah ini membawa episod baru dalam kehidupan mereka dan daripada saat itu, keturunan manusia mula berkembang.

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah manusia melakukan kesilapan. Kali pertama berlaku pertumpahan darah ialah di Jabal Qasiyun yang terletak di Damsyik, Syria.

Di tempat inilah, Qabil dikatakan membunuh Habil kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ayahanda mereka (Nabi Adam) berhubung perkahwinan dengan Iqlima dan Labuda.

Justeru, sebagai kota tertua, tidak hairanlah jika Damascus dikaitkan dengan generasi awal Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil.

Tuesday, April 7, 2009

MENUTUP RAMBUT BAGI WANITA (Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

PERTANYAAN

Ada sebagian orang mengatakan bahwa rambut wanita tidak termasuk aurat dan boleh dibuka. Apakah hal ini benar dan bagaimana dalilnya?

JAWAPAN
Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan mahramnya.

Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat Al-Qur'an:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).

Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya. Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama, baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan perhiasan yang tidak tampak.

Dalam tafsirnya, Al-Qurthubi mengatakan, "Allah swt. telah melarang kepada kaum wanita, agar dia tidak menampakkan perhiasannya (keindahannya), kecuali kepada orang-orang tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak."

Ibnu Mas'ud berkata, "Perhiasan yang lahir (biasa tampak) ialah pakaian." Ditambahkan oleh Ibnu Jubair, "Wajah" Ditambah pula oleh Sa'id Ibnu Jubair dan Al-Auzai, "Wajah, kedua tangan dan pakaian."

Ibnu Abbas, Qatadah dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, "Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah)."

Ibnu Atiyah berkata, "Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan arti ayat tersebut, bahwa wanita diperintahkan untuk tidak menampakkan dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha menutupi hal itu. Perkecualian pada bagian-bagian yang kiranya berat untuk menutupinya, karena darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan."

Berkata Al-Qurthubi, "Pandangan Ibnu Atiyah tersebut baik sekali, karena biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa dan ketika melakukan amal ibadat, misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya."

Hal yang demikian ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:

"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita
sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi
dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau
mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.

Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bahagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah "kain untuk menutup kepala," sebagaimana serban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.

Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya."

Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."

Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.


Ketika Aisyah r.a.didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai kerudung (khamirah) yang tipis di bagian lehernya, Aisyah r.a. lalu berkata, "Ini amat tipis, tidak dapat menutupinya."