Monday, May 31, 2010

Kangen


Benarkah kerana bulan
Sang pungguk merayu rawan
Rindu hati tak kesampaian
Mengharap bulan jatuh keribaan

Benarkah kerana rindu
Dah jumpa masih merayu
Dalam hati tidak keruan
Mengharap kasih tak slalu datang

Apa diharap cinta
Yang tidak kesampaian
Apa diratap kasih
Yang hadir dalam angan

Mencurah air mata
Namun tiada tangisan
Merajuk hati
Namun tiada siapa endahkan

Thursday, May 27, 2010

KuSuT



Terasa tiba2 hati disakiti.bagai lidi mencucuk2 hati.

Tak taulah knp boleh jadi cmni.
Ape yg aku harapkan ibarat air jatuh ke daun keladi.melantun2...
aku x paham knp dgn diri aku skg nih..

please r fysal..

dah jatuh bgn sndri..klo nk harapkn org lain jer..makin lemak kemudian hari..

tgglkn ape yg patut ditgglkn..ambil ape yg perlu diambil..
makin nk exam ni lah mcm2 dugaan yg dtg..

Ya ALLAH, engkau lemparknlah prasangke yg buruk ni sejauh yg mungkin..agar aku dpt hadapi ape yg perlu aku hadapi skg nih..

Wednesday, May 26, 2010

Selamat Hari Lahir

DI HARI LAHIR MU

TEMAN KU

DEDAUN BEGUGURAN

MENITIKAN KEDEWASAAN

WALAU BERJAUHAN

NAMUN CUKUP UNTUK KU UCAPKAN,

SELAMAT HARI LAHIR

IRINGAN DOA KU HULUR

BERSYUKUR KEPADANYA

ATAS NIKMAT USIA

USIA MU IBARAT MUTIARA

TIADA BERGANTI LAGI

HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA

AGAR SEMPAT MENGUCUP

HARUMAN SYURGAWI

(MISHMISH)

Thursday, May 20, 2010

Nasihat dr seorang teman


fysal..

Didalam dunia persahabatan ini ada turun dan naiknya..kadang-kadang kita okay..

kadang-kadang kita tak okay...bergaduh,berselisih dan berbaik semula merupakan asam-garam dalam dunia persahabatan.

tak akan indah kalau persahabatan itu hanya disulami yang baik-baik sahaja..yang tak baik juga harus ditunjuk agar hipokrit tidak akan timbul..bila dah tak hipokrit..makin eratlah sesebuah persahabatan itu..ye tak?

fysal...

perbanyakkanlah amalan-amalan sunnah disana...

lazimi solat-solat sunnah dan puasalah pada setiap hari isnin dan khamis...

lazimi ia selalu..jangan sesekali ada rasa malas di hati itu...

sentiasa basahi lidah awak dengan zikrullah...

sentiasalah bercerita cinta senagn tuhan melalui solat yang khusyuk'

sentiasalah berkongsi duka dan tenangkan perasaan ketika kacau melalui alunan bacaan kitabullah

sentiasa bermunajat pada tuhan agar diberkati dunia dan akhirat..

jagalah pandangan mata awak...jangan dilihat pada benda-benda sebelum diberi izin dan bukan apa yang hak milik awak...

jagalah hati awak selalu..selalu pagari ia denagn zikrullah agar tidak mudah dilalaikan oleh syaitan...

eratkan silaturrahim diantara teman-teman..sentiasa bermaafan dan jangan ada yang menyimpan dendam...

saling bantu-membantu agar ikhwah yang terjalin bertambah erat...

jangan sesekali meniggi diri dan ego...

pilih lah jalan para-para rasul dan nabi allah..

sentiasa zuhud dan tawaduk...

bukan jalan si firaun yang dihina mengaku dirinya adalah tuhan....

fysal...

menuntut ilmu itu memeng susah...namun unsya allah kalau awak bersungguh dan berniat baik..

insya allah allah akan permudahkan segala urusan awak disana...

fysal...

buat yang terbaik untukimtihan kali ini...

ingat lah pada ayahnda dan bondamu di tanah air...

mereka meletakkan harapan yang tinggi diatas pundakmu sebagai anak sulung lelaki didalam keluarga agar dapat membanggakan mereka....

jangan disakiti hati orang tuamu denagn membawa berita akan imtihan awak yang gagl disana...raihlah pangkat yang dapat membuat kedua orangtuamu tersenyum bangga...

ingatlah..mereka telah bersusah payah untuk awak...

fysal...

sebagai seorang kawan...tak banyak yang mampu saye lakukan..hanya kata-kata semangat dan doa yang dapat saya kirimkan pada awak..


Terima kasih MISHMISH..