Thursday, December 23, 2010


Sebagai pemimpin mereka harus menyedari bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan hidup didunia, tetapi juga keselamatan dan kebahagiaan diakhirat


Pemimpin mesti mengisi keperluan jiwa rakyat. Hal ini kerana jiwa merupakan raja dalam diri yang menentukan buruk dan baik sikap seseorang. Oleh sebab itu jiwa tidak boleh diabaikan. Tetapi oleh sebab sifatnya yang abstrak, maka keperluannya juga bersifat abstrak. Jadi, keperluan jiwa ialah iman dan taqwa..


Apa yang kita amalkan itulah yang paling penting berbanding kita termenung. Jadi, Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal..! peace no war..

Sunday, December 19, 2010

Aku baru tersedar dari lena..dibangkitkn dari mimpi..sedang aku asyik dgn ashik..mujurlah dtg seorg prof/datin/dato/mama yg bg nasihat kat aku..dia berkata yg x terkata utk aku berkata..Dunia n hidup ni lebih dr sekadar jatuh cinta dgn perempuan cantik/lelaki handsome atau perkahwinan. Benda2 ni penting tetapi tidak SEPENTING DENGAN NILAI USAHA MEMBANGUN BANGSA DAN NEGARA. Jika kita nk lihat wajah negara bangsa kita suatu hari nanti, lihat sahaja pada pemikiran anak bangsa kita..! jadikan kegagalan sebagai pengajaran untuk kejayaan akan datang. Lelaki adalah pemimpin. So, act like a leader! mesti ingat pengorbanan dan cinta mak dan ayah darpada cinta dari seorang wanita yang belum bergelar isteri. nmpk je sikit tp bila di hayati kompom head shoot..

tq so much.. ;)

Friday, December 10, 2010

Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati

Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti

Thursday, December 9, 2010

Kekejiwaan

Pasti semua orang pernah merasai kepahitan dalam hidup,

Setiap manusia tidak akan lari dari masalah lebih2 lagi pada hati..

Setiap detik setiap saat kita membutuhkan kemanisan tetapi tidak semestinya kemanisan itu
berpanjangan,

Kepahitan itulah mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan serta dapat memperbetulkan lagi apa yang kita sudah lakukan.

Kehidupanku penuh dengan perit dan getir

Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.

Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan jiwaku,

Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa kuasa,

Aku tahu ini sudah menjadi takdirku untuk melepaskannya,

Aku terseksa dengan kehidupan ini

Bibir manismu tersenyum manis,

Gelak manjamu sentiasa kedengaran,

Suara merdumu sentiasa menghilangkan sepi,

Tetapi hatimu menangis merintih mahu dilepaskan,

Aku menangis kerana hasratku yang tidak kesampaian.

Kini hanya tinggal kenangan.

Aku bermohon kepadaMU

Ya Allah,

Ampunkan dosa hambamu ini,

Dan memberikan sinar yang terang,

Kepada dirimu ku mengharap,

Agar kamu membuat keputusan yang terbaik,

Dan semoga berbahagia di samping orang yang tersayang..