Monday, February 21, 2011

Lawat

Tiba-tiba aku terasa hendak melawat blog sahabatku ini. Aku amati setiap kata-katanya dan aku amat tertarik dengan satu part ni "Ya Allah, hidup dan matiku hanya untuk Mu, dan hidup dan matiku hanya untuk berbakti pada Mak dan Abah. Aku mau dicintai dan menyintai, tapi sekiranya KALAU MEMANG BENAR sudah menjadi takdirku untuk hidup berkelana seorang diri di dunia, maka itu adalah kenyataan yang aku perlu hadapi. Kalau benar itu adalah takdir buat diriku, maka akan aku gunakan tubuh dan akalku untuk bangunkan anak bangsaku dan berbakti kepada negaraku sehinggalah aku menghembuskan nafasku yang terakhir."

Aku berasa bangga dan bertuah bila mendapat seorang sahabat seperti ini. Kata-katanya membuatkan aku boleh merubah hidup dan kata-katanya juga secara tidak langsung memberiku satu kekuatan yang aku tidak dapat sebelum ni. Memang benar katamu itu Mir, mak dan ayah orang yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa mereka kita tidak dilahirkan didunia ini dan tanpa merekalah kita takkan sampai ke USM. (hehe).

Kita mampu mencari cinta didunia ini, tetapi cinta yang mana satu kita perlu miliki dahulu?. Amat susah untuk kita mencari orang yang benar-benar ikhlas dengan kita. Biarlah ALLAH yang menentukan jodoh pertemuan kita.

Sekian sahaja. Salam.