Friday, February 18, 2011

salam pembuka bicara dan kata-kata.
Pada hari khamis seperti biasa aku menjalankan kerja harianku dengan mengutip pinggan dan cawan dengan muka yg agak manis(bagi akulah) dan senyuman yang panjang macam kucing baru mendapat makanan dari tuannya. Tepat pukul 10 pagi aku hendak menuju ke maktabah yang pada waktu itu aku telah berjanji dengan seseorang ni untuk mencari kitab. Setibanya disana aku terus call, didapati seseorang ni telah menuju ke mersing tanpa memberi sebarang pesanan. Kecewa aku dibuatnya. Tapi tak pelah, aku kene beranikan juga untuk menuju ke maktabah yang terletak di sebelah zoo. hahaha..Maktabah ape itu yer?..sendiri mau igt..Aku sapa kat salah seorang penghuni bangunan tersebut, "assalamualaikum, bang tumpang tanya mana maktabah?" dia menjawab "naik ke tingkat 2 kat hujung sekali". Aku pun pergi ke tingkat tersebut. Setibanya di Maktabah, dapati ramai akhawat-akhawat yang ada kat dalam tu. Dalam hati berbisik "adoyai cmner ni? ramai giler". "Chill la bro bukannya diorang nk ngorat ko pon". sambung aku lagi. Aku pun masuklah dengan muka tebal. Yelah, semua orang pakai baju kemeja batik. Aku seorang saje pakai suar jeans n jaket. Mane tak semua akhawat tengok. Malu aku time tu. Aku sapa kat bro yang jaga kat kaunter depan untuk bertanyakan pasal pinjaman kitab. Sambil dia mencari kitab, aku TERNAMPAKlah seorang ni yang pernah aku nampak kat dalam FB. Serius sebijik..! Aku pun perhatikan gelagat dia seolah-olah dia cuba hendak ambil perhatian aku. Dalam hati aku berkata "tak sangka terjumpa kat sini". Tak boleh tegur depan-depan nanti dituduh ade scandal..hahaha..sekian saje entry kali ini yang membosankan tatkala aku sememangnya amatlah bosan sekarang.